KE MANA KAU MELAYUKU ~ Satu Jelingan Untuk Direnung Bersama

INDUK PERSATUAN MASJID MUKIM TAMAN GURU BIRO PEMBANGUNAN BIRO PENDIDIKAN BIRO KESELAMATAN RUMAH KITAR SEMULA PANORAMA ALBUM FOTO KAD UCAPAN SEMARAK MINDA MADAH CINTA LOVE QUOTES ASAL NAMA BULAN-BULAN ISLAM FADHILAT BULAN-BULAN ISLAM KHASIAT ZAFARAN KHASIAT KASTURI KIJANG KE MANA KAU MELAYUKU TANDA-TANDA TERKENA SIHIR IKLAN TARIKH BAYARAN GAJI & PENCEN PENYATA PENCEN VIDEO KESIHATAN AHLI-AHLI TABUNG KHAIRAT AHLI-AHLI JLN MERAK AHLI-AHLI JLN MERPATI AHLI-AHLI JLN SERINDIT AHLI-AHLI JLN TEKUKUR AHLI-AHLI JLN MERBUK AHLI-AHLI JLN CENDERAWASIH AHLI-AHLI JLN TIONG, KAKAKTUA, KEDIDI, RAJAUDANG & RAJAWALI AHLI-AHLI JLN MASJID & KENARI AHLI-AHLI JLN GURU, AZMAN, SEKOLAH, KELUARGA, TOK WAN DLL PETA SEMPADAN CATATAN PELAWAT AKSES MAKLUMAT JPNIN



KE MANA KAU MELAYUKU

 

Melayuku di kala ini

di kampung dan di kota

sedang bersengketa mereka.

Berpecah dua dan tiga

Tidak lagi sekata.

 

Tidak nampak Melayuku ini

pada bara yang pantas menjadi unggun

menunggu membakar mereka!

Mari Melayuku kita ke kota:

Melihat gedung jualan, dan

bangunan menyergam

kita pun berasa megah.

 

Kita menjadi jaguh

pada cakap dan pandang.

Yang menyergam itu bukan kita

pemiliknya!

Mega pun mendung di langit kita

bumi dipijak rekah tanahnya.

 

Ombak mengganas di laut luas

angin bertiup mati punca.

 

Di timur matahari tidak bersinar

di barat cepat terbenam.

 

Di utara taufan melanda

di selatan api terpadam.

 

Kita pun memakai kelubung

Suram-gelap pekat warnanya hitam.

Ini warkah  durja.

Kutulis di tepian sumur air mataku

yang masih boleh  mengalir.

Kutulis dengan hati luluh

mengenang bangsaku.

 

Siapa!

Siapa berani meniup angin mengalihkan mendung mematikan taufan,

menenangkan ombak,

membawa matahari kembali bercahaya,

menyuburkan bumi,

menyalakan api pelita?

 

Mari Melayuku kita fikirkan:

Apakah lima puluh tahun nanti di tanah pusaka

turun-temurun ini

kita masih jadi tuannya?

 

Mari kita fikirkan

cara memadamkan bara

yang kian mengunggun

Menanti membakar kita!

 

Kalau nanti orang bertanya

mengapa begini Melayu kita?

 

Katakan, itulah  bangsa kita

yang bersengketa

mengambil mudah

dan pelupa.

 

DATO’ PROFESOR

DR. HASHIM YAACOB

Petaling Jaya

 

~Petikan dari UTUSAN MALAYSIA

  Rabu 12 Mac 2014